Keadaan Semasa Peperangan_Islam-Mongol

Empayar Mongol pimpinan Genghis Khan telah berjaya menewaskan kerajaan Kara-Khitan yang terletak di bahagian barat China dan seterusnya berjaya menawan wilayah empayar kecil tersebut. Peristiwa ini berlaku pada sekitar 1218M. Hasilnya, wilayah jajahan empayar Mongol kini bersempadan dengan wilayah kerajaan Islam Khwarizmiyah.

Kerajaan Khwarizmiyah ketika itu ditadbir oleh khalifah Alauddin Muhammad sedang menghadapi krisis politik dengan kerajaan Islam Bani Abbasiyyah yang ditadbir oleh An-Nasir Lid-Dinillah. Ini berikutan pengisytiharannya sebagai khalifah yang sah bagi menggantikan bapanya yang sebelum ini berusaha keras untuk membebaskan empayar tersebut dari kerajaan Bani Abbasiyyah. Tindakan beliau menyebabkan ketenteraman dan situasi politik bagi kedua-dua kerajaan tersebut berada dalam keadaan tidak stabil.